Menurut jurucakap LPM, kawasan perumahan PPR itu tidak mempunyai tangki individu di setiap rumah seperti rumah teres yang mana bekalan air ke PPR ber­kenaan dihantar terus ke dua buah tangki utamanya.

“Apabila paip bocor itu dibaiki semalam, ia sepatutnya mengambil masa sehari untuk penuh tetapi dalam masa sama ia terus digunakan penduduk menyebabkan bekalan ke tangki utama mengambil lebih masa untuk penuh.

“Oleh itu, kita bercadang untuk menutup dahulu bekalan air kepada pengguna dan biarkan tangki berkenaan diisi sepenuhnya sebelum ia digunakan semula,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.