Pengarahnya, Datuk Saroni Judi berkata, untuk permulaan, MWI yang dikendalikan KYM Strategic Training and Event Solutions Sdn. Bhd. (KYM STES) dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Resources Sdn. Bhd. (PBAR) akan memulakan tiga kursus diploma sepenuh masa di bawah Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, tiga kursus tersebut ialah Diploma Rawatan dan Operasi Air, Diploma Bekalan dan Operasi Air serta Diploma Pengurusan Air dan Bahan Buangan akan dilaksanakan di kampus induk Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) di Bukit Sebukor di sini. 

“Kita sasarkan kemasukan maksimum sebanyak 300 pelajar bagi ketiga-tiga kursus sepenuh masa itu tahun depan yang terbahagi kepada empat kumpulan bagi setiap kursus,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KYM STES dan PBAR di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, Saroni mewakili KYM STES manakala PBAR diwakili Pengarahnya, Datuk Jaseni Maidinsa. - UTUSAN ONLINE