Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pengiktirafan tersebut diberikan atas khidmat bakti mereka mendokong kemajuan serta melaksana sistem penyampaian perkhidmatan dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.


“Sukacita saya mengumumkan pemberian bonus RM1,500 serta tambahan RM500 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar pada awal tahun 2018 berjumlah RM1,000 dan RM1,000 lagi menjelang Aidilfitri.


“Semoga semua insentif yang diberikan ini memberi manfaat dan dapat membantu golongan rakyat yang benar-benar memerlukan. Kepada seluruh warga perkhidmatan awam dan rakyat Melaka, marilah kita berganding bahu melaksana strategi yang telah digariskan,” katanya.


Beliau membuat pengumuman tersebut ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2018) 2017 dalam ucapan bajet negeri ketika Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE