Mohd. Ridzuan Abidin, 40, mendakwa, projek naik taraf jalan Ayer Keroh ke bandar Melaka yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri menerusi sebuah syarikat pemaju itu menyebabkan rumahnya yang terletak betul-betul di bawah pembinaan jejantas kini tidak lagi selamat untuk diduduki.

Antara kesan yang berlaku terhadap rumah banglo setingkat itu adalah dinding sebahagian besar rumah terdapat kesan retak, lantai merekah selain struktur rumah yang tidak stabil dan rosak termasuk tingkap dan pintu gril .

“Sebelum pembinaan dimulakan, saya dipanggil mengha-diri taklimat oleh Pejabat Tanah dan Daerah negeri memaklumkan mereka akan melaksanakan kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran rumah saya.

“Saya tidak me­nolak pembangu­nan yang ingin dilakukan teta­pi keselamatan dan keselesaan penduduk di kawasan ini perlu diberi ke­utamaan oleh pihak bertanggunjawab.

“Sejak projek ini dimulakankan, rumah saya dan beberapa penduduk lain sedikit demi sedikit mengalami masalah dinding retak selain air mula meresap dari celah-celah din-ding.

“Keadaan ini benar-benar mencemaskan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ridzuan, bimbangkan keselamatan diri dan keluarga, dia mengambil keputusan melapor­kan masalah tersebut kepada Jabatan Ke-selamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri setelah pemaju tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Selepas aduan dikemukakan, barulah pemaju menaikkan penghalang dan memasang zink di sekeliling kawasan projek dan telah membayar ganti rugi atas kerosakan yang dialami.

“Apa yang mengecewakan, tidak lama kemudian rumah saya kembali rosak kesan daripada kerja-kerja penanaman batu kerikil sedalam 16 meter ke dalam tanah untuk memantapkan kawasan tersebut.

“Pemaju ada berbincang untuk membayar pampasan di atas kerosakan yang saya tanggung tetapi jumlah yang ditawarkan tidak munasabah,” katanya.

Tambah Mohd. Ridzuan, apa yang diharapkan penduduk tidak lebih daripada pihak pemaju selain bertanggungjawab terhadap segala kerosakan yang berlaku.