Pengarah Eksekutif Perbadanan Stadium Melaka (PSM), Nick Yong Yoon Pin berkata, pihak perbadanan yakin program kebersihan dan kesedaran itu mampu membuahkan hasil dan secara langsung dapat menaikkan imej bola sepak negeri khususnya nama PSM sendiri.

“Orang ramai diwajibkan untuk mengasingkan sampah-sampah di dalam tiga beg plastik yang berlainan warna selain mengasingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

“Kami jangkakan seramai 2,000 hingga 5,000 penyokong akan hadir ke Stadium Hang Jebat dan kita akan mulakan kempen ini pada separuh masa pertama perlawanan tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Ir. Mohd. Azwan Mohd. Nor Rezan; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), S. Chandru; Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Ashiq Samad dan Pengurus Operasi Daerah Melaka SWM Environment Sdn. Bhd., Hisham Hussin.

Pelancaran program tersebut yang bakal dijangka bermula pada pukul 8 malam esok itu merupakan kerjasama antara PSM, MUSA, SWCorp Melaka, PTHM dan SWM Environment Melaka. - UTUSAN ONLINE