Pertandingan anjuran Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) yang diadakan bersempena acara tahunan Karnival [email protected] Tanah.

Dalam pertandingan itu Tarmizi menewaskan kira-kira 500 peserta selepas berjaya menaikkan ikan Daun Baharu seberat 1.055 kilogram.

Tarmizi berkata, hadiah wang tunai itu merupakan jumlah terbesar pernah dimenangi sejak 15 tahun menyertai pertandingan memancing.

“Saya tidak menyangka akan menjadi juara dan ia pasti menjadi kenangan manis sepanjang berkecimpung dalam hobi memancing,” ujarnya.

Tempat kedua dimenangi oleh Mohd Zamri Saiman yang membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 manakala hadiah tempat ketiga bernilai RM1,000 menjadi milik Muhammad Azrin Mohd. Talib. - UTUSAN ONLINE