Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, konsep tanaman yang menggunakan pendekatan Internet of Things (IOT) itu mampu diaplikasikan walaupun dengan ruang yang sempit.

Menurutnya, dengan pelaksanaan tanaman seperti itu, ia dapat memberikan hasil konsisten dan boleh digunakan sendiri oleh pihak hotel atau pemilik premis yang seterusnya mampu menjimatkan kos.

“Di pihak kerajaan negeri, kita amat menyokong mana-mana hotel atau bangunan yang mahu melaksanakan tanaman fertigasi ini malah bantuan dari segi teknikal sedia diberikan kepada pihak berminat.

“Bagaimanapun, kita tidak mempunyai sasaran berapa banyak pihak hotel atau bangunan yang akan melaksanakannya kerana ia adalah hak masing-masing dan bukan paksaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Roof Top Garden di Hotel DoubleTree by Hilton, Banda Hilir, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Pemasaran Hilton Malaysia, Eugene Oelofse dan Perunding projek yang juga Pengurus Yoshii Agro Care, L. Yogeswaran. - UTUSAN ONLINE