NUR AZIERA RAMLI
NUR AZIERA RAMLI 

Program itu melibatkan kira-kira 20 bekas guru dan 80 bekas pelajar yang pernah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di maktab itu pada tahun 1992.

Pengerusi penganjur majlis berkenaan, Nur Aziera Ramli berkata, program ini julung-julung kali diadakan selepas kesemua mereka meninggalkan alam persekolahan 27 tahun lalu.

“Agak sukar sebenarnya untuk merancang program himpunan semula bekas pelajar ini kerana masing-masing kini sibuk dengan kerjaya dan komitmen.

“Bagaimanapun kami barisan ahli jawatankuasa bersyukur kerana selepas membuat perancangan sejak dua bulan lalu, pertemuan ini menjadi kenyataan, malah ada yang baru bertemu selepas terpisah sebaik sahaja tamat SPM,” katanya ketika ditemui pada program itu malam ini.

Menurut Nur Aziera yang kini merupakan salah seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pelbagai program diatur pada majlis yang berlangsung sejak pagi ini antaranya sesi taklimat kepada pelajar di MRSM Terendak serta acara sukaneka dan mencari harta karun bersama keluarga.

SEBAHAGIAN daripada 110 bekas pelajar dan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak Batch 92 yan

SEBAHAGIAN daripada 110 bekas pelajar dan guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak Batch 92 yang menyertai perjumpaan semula di Hotel Mudzaffar di Ayer Keroh, Melaka malam ini.  - UTUSAN ONLINE

Turut diadakan adalah majlis makan malam, cabutan bertuah dan sesi minum pagi santai keesokan hari.

Antara yang hadir dan merupakan bekas pelajar Batch 92 itu Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Suneta Sulaiman dan Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri, Mohd. Faizal Razali. - UTUSAN ONLINE