Kedua-dua sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di daerah Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam dalam daerah Alor Gajah.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, PPS di dua sekolah tersebut telah ditutup mulai hari ini.

“Berikutan itu, sekolah berkenaan akan beroperasi seperti biasa mulai esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 1,236 murid dan 71 guru di SK Krubong manakala 484 murid dan 40 orang guru di SK Belimbing Dalam.

“Semua murid dan guru dapat hadir ke sekolah bagi menyambung sesi persekolahan yang tertangguh sejak dua hari lalu,” katanya. - UTUSAN ONLINE