Pertandingan mewarna dengan yuran penyertaan promosi RM60 bagi dua pengunjung dewasa dan dua kanak-kanak akan diadakan pada 21 April manakala ‘Malaysia Champion Run’ melibatkan acara larian sejauh lima kilometer akan berlangsung pada 27 April depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Me­laka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, pertandi­ng­an mewarna terbuka kepada ka­nak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pelbagai hadiah menarik di­sediakan antaranya kad ke­ahlian masuk ke Melaka Wonderland bernilai RM100 bagi tempat pertama, selain itu kita turut menawarkan hadiah berupa buku sumbangan syarikat Pelangi dan baucar masuk ke taman tema ini.

“Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM35 selain kemasukan percuma ke taman tema air,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Bagi acara ‘Malaysia Champion Run’ pula katanya, ia terbuka kepada peserta pelbagai peringkat usia di mana yuran penyertaan bagi dewasa adalah seba­nyak RM55 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun sebanyak RM50.

Selain itu, penyer­taan keluarga di­ke­nakan bayaran seba­nyak RM200 untuk sama ada dua dewasa dan dua kanak-kanak atau tiga dewasa seorang kanak-kanak. Bagi penyertaan kumpulan melebihi empat orang pula bayaran hanya sebanyak RM50 seorang.

Cheng Swee berkata, sempena cuti persekolahan ketika ini, Melaka Wonderland yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu turut menawarkan pelbagai pakej menarik antaranya promosi musim cuti kemasukan ke taman tema tersebut bernilai RM139 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak-kanak berban­ding harga asal RM156.80.

Turut ditawarkan adalah Pakej Sekolah Melaka Wonderland dengan hanya mengenakan harga tiket masuk sebanyak RM42 seorang untuk murid sekolah rendah dan RM48 seorang (pelajar sekolah menengah).

Katanya, menerusi pakej itu juga, satu tiket masuk percuma diberikan kepada seorang guru dan pemandu bas, manakala had minimum penyertaan untuk layak menerima pakej itu ialah 25 orang.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pakej-pakej serta pertandingan di taman tema ini boleh berhubung terus menerusi talian 06-2313333, e-mel di [email protected] atau di laman web: www.melakawonderland.com.my.