Program tersebut dimeriahkan dengan kehadiran penceramah terkenal tanah air iaitu Ustaz Abdullah Khairi yang terlibat dalam beberapa aktiviti yang diatur pada malam ini.

Menurut Pengurus Besar Hotel Mudzaffar, Ahmad Rizal Ishak, program tersebut merupakan acara tahunan hotel itu bagi mengimarahkan kedatangan Ramadan dengan pengisian pelbagai aktiviti keagamaan selain beribadat.

“Bermula dengan majlis tazkirah, pengunjung yang menyertai program itu akan sama-sama berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib, isyak dan tawarih secara berjemaah.

“Pada ‪pukul 3.30‬ pagi ini pula, mereka akan menyertai program qiamullail diikuti bersahur sebelum melaksanakan solat subuh jemaah,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut yang turut dihadiri Eksekutif Cef hotel, Cef Mohd. Hazrim Hashim.

Menurut Ahmad Rizal, pihaknya juga mengadakan promosi `Jom Balik Raya’ iaitu harga bilik sebanyak RM180 semalam kepada pemegang MyKad yang dilahirkan di Melaka iaitu 04, manakala bagi warga tempatan lain harga bilik yang dikenakan adalah RM220 semalam.

“Tawaran harga bilik promosi ini hanya sah pada 4, 5 dan ‪6 Jun‬ ini bagi menggalakkan penduduk Melaka pulang berhari raya di negeri mereka jika mahu penginapan yang lebih selesa.

“Selain itu, Hotel Mudzaffar turut memperkenalkan pakej `Rumah Terbuka Aidilfitri’ iaitu RM58++ seorang dan minimum 50 orang kepada mana-mana agensi yang berminat menganjurkan rumah terbuka bermula ‪pada 5 Jun‬ hingga ‪3 Julai‬ depan,” katanya. - UTUSAN ONLINE