Kesemua ahli keluarga tersebut melibatkan 18 orang adik-beradik mengambil peluang untuk bertemu selepas kali terakhir mengadakan perjumpaan pada lima tahun lalu.

Salah seorang ahli keluarga, Hamid Husin, 63, berkata, pertemuan keluarga itu berlangsung selama tiga hari melibatkan empat generasi.

“Sepanjang program, pelbagai aktiviti diadakan antaranya sukaneka, majlis tahlil dan solat berjemaah.

“Perhimpunan keluarga ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli keluarga malah ada yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui pada perjumpaan itu di Saujana Asahan sebentar tadi.

Kesemua ahli keluarga masing-masing memakai baju T dengan tema warna keluarga dan suasana meriah jelas terlihat apabila ahli keluarga itu berkumpul. - UTUSAN ONLINE