Program tersebut diadakan sempena kedatangan Dr. Mahathir ke negeri ini bagi merasmikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir, malam ini.

Ia dianjurkan bersama oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kerajaan negeri Melaka.

SEBAHAGIAN pelajar riang memegang Jalur Gemilang ketika menghadiri program Townhall Semarak Merdeka

SEBAHAGIAN pelajar riang memegang Jalur Gemilang ketika menghadiri program Townhall Semarak Merdeka bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Hotel Hatten di Banda Hilir, Melaka sebentar tadi.  -  UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD

Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 5.15 petang disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen yang juga bertindak selaku moderator program.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan. - UTUSAN ONLINE