Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu tiba pada 9 pagi dan disambut Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani, beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, dan petugas Pejabat Menteri Besar.

 

Sebelum memasuki pejabat, bacaan doa dibacakan oleh Imam Masjid Kota Iskandar, Hanafiah Abdul Razak.

 

Dr. Sahruddin kemudian ke Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Besar bagi majlis serah terima tugas di antara beliau dan Datuk Osman Sapian. - UTUSAN ONLINE