Kematian Alias hanya disedari oleh menantunya, Mohd. Saifuddin Hashim, 28, pada pukul 8.45 malam semasa singgah untuk menjenguk keadaan bapa mentuanya yang tinggal bersendirian setelah dua hari tidak sempat berbuat demikian.

Menurut Mohd. Saifudin, dia dan isterinya, Anina Alias, 25 , sebelum ini tinggal bersama bapa mentuanya itu namun pulang ke kediamannya di Felda Cherul kerana isterinya bersalin.

Kali terakhir dia berjumpa mentuanya ialah pada Ahad dan tidak sempat menjenguknya setiap hari kerana sibuk dengan tugasan kerja ekoran bertukar tempat kerja di Gebeng, Kuantan.

“Cuma dua hari kebelakangan ini saya tak sempat jenguk abah, sebab itu hari ini meskipun balik kerja lewat saya tetap datang,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superitenden Mohd Said Ibrahim memberitahu, hasil pemeriksaan, bahagian telinga kanan dan kiri mangsa sudah berulat dan kita percaya mangsa sudah mati lebih dari sehari,”

katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE