Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, perkara tersebut sedang diperhalusi dalam usaha merealisasikan penubuhan universiti berkenaan seperti dijanjikan sebelum ini.

“Kerajaan negeri sudah memulakan langkah tersebut dan Kementerian Pendidikan akan membantu sedaya mungkin untuk menjayakan harapan itu.

“Pihak kementerian akan memberi sokongan sepenuh­nya bagi menjayakan hasrat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar, Datuk Osman Sapian di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Kunjungan selama satu jam tersebut yang turut dihadiri delegasi lain dari kementerian itu turut membangkitkan me­ngenai isu-isu pendidikan lain di Johor.

Maszlee berkata, antara per­kara lain diutarakan termasuk isu pendidikan di Johor yang memerlukan bantuan dan u­sa­ha daripada kerajaan negeri sendiri.

“Diharapkan perbincangan seperti ini dapat membuahkan hasil demi pembangunan pendidikan bukan sahaja di Johor, malah negeri lain seluruh negara,” katanya.

Selain soal pendidikan beliau juga mengutarakan beberapa isu serta permasalahan di kawasannya iaitu Parlimen Simpang Renggam termasuk isu air yang memerlukan bantuan dan kerjasama kerajaan negeri bagi menanganinya.