Guru besarnya, Zakaria Sulaiman berkata, menariknya makanan tersebut dimasak sendiri oleh 16 orang guru yang mengajar tahun enam.

Menurutnya, kesemua guru-guru tersebut akan memasak secara gotong-royong untuk dihidangkan kepada murid-murid berkenaan untuk dua sesi, iaitu sarapan dan makan tengah hari.

"Ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah dalam mengukuhkan lagi hubungan antara guru dengan murid dan memberi sokongan moral kepada mereka.

"Saya berharap, calon-calon UPSR SK Lemal akan memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR nanti," katanya. -UTUSAN ONLINE.