Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, maklumat tersebut adalah hasil kajian lapangan yang dibuat di seluruh daerah di negeri ini dalam fasa pertama penubuhan Universiti Johor.

Katanya, hasil kajian juga mendapati 84.4 peratus bersetuju bahawa keunikan dan kekuatan Universiti Johor di bawah pentadbiran kerajaan negeri adalah dengan penglibatan dari komuniti dan industri.

“Bagi fasa kedua, Universiti Johor sedang dikaji dan diperhalusi untuk memastikan institut pengajian tinggi itu dapat memberikan kesan transformatif kepada masyarakat yang mampu membangunkan

peradaban manusia unggul dengan nilai muafakat yang tinggi, berempati, beretika dan berintegrati.

“Terkini, kerajaan negeri sedang giat merangka dan menyediakan Pelan Perancangan Strategik Penubuhan Universiti Johor dengan mengambil kira cabaran dan implikasi yang bakal dihadapi bagi memastikan universiti milik kerajaan negeri kekal mampan, lestari dan relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Aminolhuda berkata, pihaknya turut mengambil pandangan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memastikan Universiti Johor berupaya memperkasakan industri

dan ekonomi di negeri ini serta memantapkan kualiti institut pengajian tinggi (IPT) milik agensi di bawah kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE