AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN

Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Prof. Madya Dr. Mohd Rozailan Mamat dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai agar tidak diperdaya dengan cubaan mengaitkan nama Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

 Beliau memberi penjelasan itu ekoran tercetus isu  dakwaan pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama  Menteri Besar bertujuan mengutip derma melalui jamuan makan amal.

"Pihak kami juga ingin menegaskan bahawa Pejabat Menteri Besar tidak pernah memberi sebarang kelulusan atau kebenaran kepada mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan menggunakan nama Menteri Besar bagi tujuan kutipan derma.

"Kami kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama baik Menteri Besar dalam aktiviti memohon sumbangan tersebut dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya.

"Orang ramai diminta berhubung dengan Pejabat Menteri Besar  jika terdapat sebarang keraguan," ujarnya.-UTUSAN ONLINE