Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Khalid Tik berkata, serbuan pada pukul 10 pagi di premis yang sedang menjalankan operasi perniagaan itu disertai empat wakil cap dagang bagi selipar jenama Birkenstock.

Katanya, pemeriksaan ke atas premis tersebut telah menemui sejumlah selipar jenama tersebut dengan pelbagai saiz yang disyaki barang tiruan.

“Pemeriksaan mendapati selipar tersebut dijual kepada pelanggan di sekitar negeri ini secara borong dengan lingkungan harga RM7.

“Pihak KPDNHEP telah bertindak menyita sebanyak 419 pasang selipar jenama Birkenstock bernilai RM2,933 dan kesemua barang sitaan itu disimpan di stor ekshibit KPDNHEP negeri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE