Ketua Pegawai Eksekutif Ya­yasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, pihaknya berbesar hati menyokong projek pembangunan pertanian bandar yang selari dengan hasrat yayasan berkenaan.

Jelasnya, projek berkenaan dibiayai pihaknya menerusi program Community Link dengan kerjasama Axile Consulting Sdn. Bhd.

“Sejak Yayasan CIMB me­nubuhkan program Communi­ty Link pada 2007, kakitangan kami berjaya memacu kejayaan dalam program berkaitan mele­s­tari alam.

“Program ini juga mengga­lak­­kan mereka memperkasa isu masyarakat setempat yang memberi manfaat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Hamidah merasmikan program tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Dr. Ismail 1 (TTDI 1) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Komersial Kumpulan CIMB, Ahmad Shazli Kamarulzaman dan Pengarah Urusan Axile Consul­ting Sdn. Bhd., Azlan Yaacob.

Menurut Hamidah, menerusi projek ‘Zero Waste & Urban Farm’ itu, kakitangan dan penduduk setempat boleh membuang sisa makanan organik menerusi mesin pengkomposan yang boleh menghasilkan baja kompos dalam masa 24 jam.

“Mesin berkenaan akan ditem­patkan secara kekal di sekolah ini. Sebelum ini ia ditempatkan di Masjid At-Taqwa dan balai polis Taman Tun Dr. Ismail de­ngan 15 kilogram kompos diperoleh untuk manfaat penduduk,” ­­katanya.