Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, bagi menjayakan usaha itu pihaknya sedia membantu ahli komuniti mendapatkan kebenaran mengusahakan tanah daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Kawasan terbiar memang tidak boleh dibina bangunan tetapi untuk kegunaan berkebun ia dibolehkan. Oleh itu, saya menyeru semua warga kota memanfaatkan tanah-tanah terbiar.

“Aktiviti ini memberi pelbagai manfaat kepada penduduk seperti tanaman hijau yang boleh dinikmati selain dapat mewujudkan hubungan erat dan semangat kerjasama dalam kalangan komuniti, “ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Kebun Kejiranan Bandar Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 22 badan komuniti termasuk persatuan penduduk, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan hadir dan diiktiraf dalam projek kebun kejiranan itu.- UTUSAN ONLINE.