Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, seramai 1,000 peserta dijangka akan menyertai program tersebut.

“Pertandingan memasuki tahun ketujuh bertemakan “Jom Pancing Rakyat Ceria Komuniti Sejahtera” itu bertujuan meningkatkan kesedaran warga kota untuk bersama-sama keluarga dalam melakukan aktiviti sihat.

“Selain itu, juara pertandingan akan menerima RM5,000, naib juara RM2,000 dan tempat ketiga menerima RM1,000, manakala pemenang tempat keempat pula akan menerima RM300,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Yuran RM35 dikenakan untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandingan pada Sabtu ini bermula pukul 1 petang hingga 9 malam dan pada keesokan harinya kaunter dibuka pada pukul 6.30 hingga 10 pagi.

Maklumat lanjut boleh melayari laman sosial facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811. - UTUSAN ONLINE