Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Boon Siong berkata, keutamaan akan diberikan kepada pesakit dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah serta tidak pernah menjalani prosedur katarak.

“Pesakit terpilih juga akan menjalani penjagaan selepas pembedahan seperti yang disarankan oleh pakar mata VISTA. Sesi pemilihan mata sehari akan diadakan di VISTA Puchong pada 3 Disember ini.

“Kesihatan mata yang baik dan penglihatan jelas memainkan peranan besar dalam usaha mengejar gaya hidup lebih berkualiti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas perasmian cawangan keenam VISTA minggu lalu.

Perasmian disempurnakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Ke­luarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail yang mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun. - UTUSAN ONLINE