Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Ahmad Zahid.

Ini merupakan kali ketiga beliau dipanggil untuk memberi keterangan selepas dipanggil pada 2 dan 3 Julai lalu.

Kesemua mereka dipanggil dipercayai berhubung siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarganya yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal. - UTUSAN ONLINE