Kira-kira 1,000 peniaga membanjiri lokasi seawal pukul 7.30 pagi untuk membuat semakan sebelum menyaksikan proses pengundian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermula pada pukul 9.30 pagi.

Penambahan sebanyak 119 petak niaga itu menjadikan jumlah keseluruhan tapak yang disediakan oleh DBKL kepada peniaga dan penjaja di bazar berkenaan kini berjumlah 344 petak.

DBKL pada 1 April lalu memperuntukkan 225 tapak perniagaan melalui sesi cabut undi yang menyaksikan beberapa individu mencetuskan provokasi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa tempatan memindahkan lokasi bazar dari Jalan Tunku Abdul Rahman.

Selepas mengambil kira aduan dan mempertimbangkan rayuan peniaga, DBKL bersetuju memperuntukkan lot niaga tambahan.

Pada tahun ini, DBKL memperkenalkan sistem permohonan secara dalam talian yang dibuka pada 15 Februari sehingga 21 Mac lalu. - UTUSAN ONLINE