Chef Eksekutifnya, Laurent Lherisson berkata, sebanyak 300 jenis hidangan tradisional tempatan bertemakan Selera Malaysia menantikan pelanggan di The Mill Café bermula dari 16 Mei hingga 14 Jun.

“Antara menu tersedia adalah gulai daging salai, kari kawah kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging, sotong masak hitam, kambing tandoori panggang, ikan siakap masak sambal, bubur lambuk, lemang, ketupat, serunding, daging panggang premium dan banyak lagi.

“Selain itu bagi pelanggan yang gemarkan makanan manis, mereka boleh melawat kaunter pencuci mulut yang menyajikan pelbagai pilihan kek, puding, pengat pisang, bubur serawa nangka dan tapai pulut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Laurent, kesemua hidangan itu disajikan oleh pasukan kulinari hotel termasuk pakar makanan Melayu iaitu Chef Mohd Ali; pakar makanan India, Chef Makhan Singh dari New Delhi; pakar makanan barat, Eksekutif Sous Chef Unaver Unabia dan pakar makanan pastri, Chef Joas Kam.

“Peluang menikamti keenakan setiap satu daripada hidangan ini akan menjadi pengalaman yang istimewa buat pelanggan. Kami teruja dan berbesar hati untuk menyambut anda dengan resipi penuh aromatik dari Melaka, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Kelantan dan Pahang.

“Kami juga menyediakan pelbagai jenis persembahan yang direka khas untuk menyambut bulan yang suci ini di The Mill Café,” katanya.

Laurent berkata, pengalaman menikmati hidangan penuh istimewa bermula dari pukul 7 petang hingga 10 malam itu ditawarkan pada harga RM158 bagi setiap pelanggan.

Lebih menarik katanya, tawaran itu dibuka bermula hari ini sebagai promosi awal sehingga 15 Mei ini dengan bayaran RM118 seorang.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh diperolehi daripada laman web hotel, talian 03 2117 4163 atau email [email protected]