Bekalan digerakkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) selepas kawasan pusat rawatan itu mula terputus bekalan air sejak pukul 9 pagi.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, lori tangki tiba di lokasi pada pukul 10 pagi dan menyalurkan bekalan air ke sebuah tangki berkapasiti 18,000 liter.

Pengurus Pusat Rawatan Dialisis Lions, Lau Sion Bon berkata, bekalan air sangat penting untuk menampung rawatan kira-kira 60 pesakit buah pinggang pada setiap hari. - UTUSAN ONLINE

Video oleh Nik Hafizul Baharuddin