Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, taman rekreasi hasil cetusan idea orang awam itu menempatkan pelbagai spesis pokok dan tanaman herba selain pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk setempat.

Katanya, pembangunan tapak itu bermula pada penghujung 2015 dengan pembinaan sebanyak RM2.66 juta.

“Sebanyak 8,288 pokok dari 29 spesis tanaman di lima laman utama iaitu Laman Terapi, Laman Ilmu, Laman Herba dan Laman Permainan Kanak-Kanak.

“Taman ini turut menyediakan trek jogging, taman hutan, laluan pejalan kaki, trek basikal lasak, taman permainan kanak-kanak, gimnasium, tandas dan pejabat pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Lawatan Tapak Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke Taman Rekreasi Hutan Bandar MPSJ di taman berkenaan.

Noraini berkata, kawasan itu diharap dapat mewujudkan persekitaran hijau, segar dan nyaman serta memberi kemudahan riadah untuk penduduk. - UTUSAN ONLINE