Sudah genap seminggu umat Islam berpuasa dan kemeriahannya paling ketara dapat dilihat di bazar-bazar Ramadan yang wujud dengan beraneka juadah tradisi tidak kurang juga unik dan menarik untuk dicuba.

Utusan Kota menyenaraikan lima bazar pilihan warga kota yang tidak hanya menjadi tarikan umat Islam, malah turut menarik minat kaum lain sama-sama memeriahkan kehadiran ‘bulan rezeki penjaja’ ini.

Antara lokasi bazar Ramadan menjadi pilihan adalah di Bandar Sri Permaisuri, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kampung Baru, Wangsa Maju dan Kerinchi yang popular dalam kalangan pengunjung dan pelancong. - UTUSAN ONLINE