Lebih menarik, terdapat sembilan produk baharu dijual di platform dalam talian itu yang tidak dijual di pasar raya, antaranya, bubur nasi ayam, bubur lambuk, sambal sotong dan sambal daging.

Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings Sdn. Bhd., Nur Fatin Ibrahim berkata, sempena pelancaran itu, pihaknya menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi semua produk yang dijual dalam talian mulai hari ini sehingga 23 Julai 2019.

“Kami menawarkan perkhidmatan yang mudah kepada para pelanggan dengan tempahan boleh dibuat hanya menerusi telefon pintar sahaja, anda boleh pilih dan bayar manakala yang lain-lain adalah tugas kami untuk memastikan kepuasan pelanggan,” katanya dalam majlis mengumumkan pembukaan kedai dalam talian di Lazada dan Shopee sempena sambutan ulang tahun Brahim’s ke-31 di sini hari ini.

Maklumat mengenai produk Brahim’s dalam talian boleh didapati di brahimsfoodisforsharing.com - UTUSAN ONLINE