Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Pengerusi BN parlimen berkenaan, Datuk Chew Yin Keen.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Wilayah Persekutuan, Yusoff Ali berkata, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan bebanan setiap ahli yang memerlukan.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada BN kerana prihatin terhadap nasib golongan ini. Walaupun sumbangan ini tidaklah besar, ia membukti kerajaan sentiasa prihatin dan mengiktiraf mereka yang sebelum ini berjuang mempertahankan negara.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa agar dapat menarik lebih ramai veteran ATM menjadi ahli persatuan,” katanya ketika hadir dalam majlis sumbangan dan penyampaian sijil pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) .- UTUSAN ONLINE