Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz berkata, masalah tersebut sekiranya dibiarkan berterusan akan menjejaskan kehidupan pengguna terutama penduduk setempat.

“Masalah ini sudah lama berlaku di kawasan berkenaan sehinggakan penduduk terkandas lebih sejam sekiranya berlaku banjir kilat di kawasan ini.

“Punca utama masalah adalah saluran longkang dan paip pembetungan yang bersaiz kecil sehinggga tidak dapat menampung kapasiti air terutama sekiranya berlaku hujan lebat berterusan,” katanya dalam sesi taklimat dan lawatan tapak banjir bersama agensi terlibat hari ini. - UTUSAN ONLINE