Timbalan Pengarah Perbendaharaan MBPJ, Nik Nazli Abdullah berkata, operasi itu dibuat ekoran pemilik kediaman gagal membayar cukai tunggakan cukai melebihi tempoh dua tahun dengan jumlah sebanyak RM151,513.

“Pelbagai jenis harta dirampas dalam operasi ini dan ia akan dilelong sekiranya pemilik tidak menuntut dan membayar tunggakan dalam tempoh seminggu dari tarikh rampasan,” katanya ketika ditemui dalam operasi tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Video oleh NIK HAFIZUL BAHARUDDIN