Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] 15 kediaman usang dibaiki

MOHD. SHAFEI ABDULLAH (tengah) bergambar bersama para sukarelawan
MOHD. SHAFEI ABDULLAH (tengah) bergambar bersama para sukarelawan dan masyarakat setempat melaksanakan kerja-kerja baik pulih kediaman usang di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Sebanyak 15 keluarga kurang berkemampuan di Parlimen Wangsa Maju menarik nafas lega apabila kediaman mereka yang rosak dibaik pulih secara bergotong-royong bersama penduduk setempat dan sukarelawan.

Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, setiap kediaman terbabit menerima bantuan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.

Jelasnya, kerja-kerja itu melibatkan proses mengecat, penggantian bumbung rumah, zink, lantai dan sebagainya.

“Program tersebut bertujuan memupuk sifat prihatin dan tolong-menolong terhadap masyarakat kurang berkemampuan di Parlimen Wangsa Maju.

“Selain penduduk setempat, kerja-kerja baik pulih rumah ini turut mendapat kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu golongan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita dalam program tersebut di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain