Penduduk mendakwa, gangguan bekalan air berpunca daripada masalah kerosakan paip Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, para penduduk mengisi air melalui bantuan lori tanker Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Masalah itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, sekali gus menjejaskan aktiviti seharian mereka.

Video oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, beliau menghubungi pihak Air Selangor berhubung masalah tersebut.

“Pihak Air Selangor memaklumkan, kerja-kerja baik pulih dilaksanakan dan gangguan bekalan air akan pulih dalam masa terdekat.

“Bagi meringankan beban penduduk, bantuan bekalan air kecemasan disalurkan kepada mereka. Jika masalah berlarutan, pihak DBKL akan meneruskan bantuan itu sehingga esok,” katanya. - UTUSAN ONLINE