Kemenangan itu membolehkan akhbar ini membawa pulang hadiah berupa tiket ke Sunway Lagoon bernilai RM13,300 untuk disumbang kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Pertandingan menempuh halangan di permukaan air itu menyaksikan Utusan Malaysia mencatatkan masa terpantas iaitu dua minit lima saat, sekali gus menewaskan 11 pencabar lain.

Program yang julung kali dianjurkan Sunway Lagoon itu disertai oleh barisan pengamal media antaranya Bernama News Channel dan The Sun dan penulis blog yang masing-masing diwakili oleh empat orang peserta.

Acara bertujuan mempromosikan aktiviti berkenaan kepada orang ramai sempena musim cuti sekolah yang bermula dari 1 hingga 30 Disember ini. - UTUSAN ONLINE