Secara tidak langsung, ia menjadi universiti awam paling ke hadapan dalam mempatenkan produk-produk penyelidikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini amat membanggakan dan wajar menjadi contoh kepada universiti-universiti awam yang lain.

Katanya, produk-produk penyelidikan UPM juga mampu menjana pendapatan kepada universiti itu sehingga RM67 juta setahun.

“Satu kelebihan kepada UPM. Mereka juga telah memenangi banyak anugerah paten yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) setiap tahun.

“Berbanding semua universiti tempatan yang mendaftarkan paten, UPM kini nombor satu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas Majlis Iftar Sesuci Cinta Ramadan di Dewan Philip Kotler, UPM, Serdang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail; Naib Cancelor UPM, Prof Datuk Dr. Aini Ideris; Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM, Prof. Dr. Azali Mohamed dan Presiden Persatuan Alumni UPM, Datuk Raihan Shariff.

Pada majlis itu, seramai 36 mahasiswa asnaf dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM menerima sumbangan wang tunai sempena bulan Ramadan.-UTUSAN ONLINE