Timbalan Pengerusi merangkap dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wee Ee Cheong berkata pada masa ini, lebih 40 peratus keuntungan operasi kumpulan UOB itu diperoleh dari luar Singapura.

“Ini termasuk hampir 80 peratus daripada operasi kami di ASEAN dan China,” katanya dalam satu kenyataan.

Wee turut menyifatkan pengetahuan mendalam bank itu dalam soal domestik, kepakaran sektor dan rangkaian di serata ASEAN dan China akan membolehkan mereka membantu pelanggan dan menangani kesukaran dalam landskap yang serba pelbagai. - BERNAMA