Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, rancangan menggubal undang-undang baharu ini boleh menjadi pelengkap kepada undang–undang yang sedia ada sekiranya hasil kajian dan penelitian adalah positif.

“Jadi janganlah ada pihak yang cepat melatah dan menganggap ini adalah agenda kerajaan bagi mengekang kebebasan bersuara pihak pembangkang.

“Bahkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah kini sedang mempelopori idea menangani berita palsu secara serius dan besar-besaran dalam memastikan kedudukan ekonomi dan keselamatan negara tidak tergugat dan terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE