Umpannya yang mula ‘mengena’ kira-kira pukul 11.11 pagi itu melayakkannya menggondol hadiah utama wang tunai sebanyak RM8,000 dalam pertandingan tahunan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, penyertaan lebih 1,000 kaki pancing diterima dalam pertandingan yang masuk tahun ketujuh penganjurannya itu.

Menurutnya, objektif penganjuran pertandingan bertujuan memberi rakyat ruang dan peluang untuk bersantai dan beriadah bersama secara sihat bersama keluarga.

“Saya berharap lebih ramai penyertaan kaki pancing daripada kaum Cina dan India untuk pertandingan seterusnya nanti dan sekiranya mendapat sambutan menggalakkan hadiah pertandingan akan ditambah,” katanya selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang di sini.

Tempat kedua disandang oleh Mohd. Nizam, yang membawa pulang wang tunai RM3,000 selepas berjaya menaikkan ikan patin seberat 12.24 kg, manakala tempat ketiga, Muhammad Mutawalli Mohd. Adnan pula menerima RM1,000 selepas menaikkan ikan spesies sama seberat 9.22 kg.

JPKL akan bertandang lagi pada Ahad ini bagi Siri 2/2018 di Taman Tasik Metropolitan, Kepong dan maklumat lanjut boleh diperoleh di laman media sosial Facebook @JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 atau 012-2846811. - UTUSAN ONLINE