Bantuan zakat menerusi program ‘UDA Outreach - Enriching Life’ itu membabitkan enam tempat antaranya Rumah Penyayang Nur Iman, Sekolah Rendah Agama At-Taqwa dan Surau Madinah Kampung Setia Jaya.

Pengerusinya Datuk Mohd. Shafei Abdullah berkata, bagi program tersebut pihaknya memperuntukkan kira-kira RM420,000 wang zakat untuk disalurkan kepada golongan memerlukan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

“Insya Allah, selepas ini pihak kami akan memperluaskan bantuan ke beberapa lokasi seperti di Johor, Terengganu dan Pulau Pinang.

“Pada bulan Ramadan yang lalu, UDA turut menyumbang wang zakat sebanyak RM400,000 kepada golongan sasar antaranya fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan kepada penerima di sini. - UTUSAN ONLINE