MPSJ berkata, sebanyak 344 buah kenderaan ditunda atas pelbagai kesalahan meletak atau meninggalkan kenderaan awam mengikut Sekyen 46(1)(e) dan dibaca bersama Seksyen 46(3)(a) Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Pemilik kenderaan diminta menghubungi MPSJ di talian 03-8068 1240 atau hadir terus ke Pejabat Cawangan Puchong, Jalan Utama 2/10, Taman Perindustrian Maju Jaya Batu 14, Puchong dekat sini untuk membuat tuntutan.

"Mereka juga boleh menyemak senarai kenderaan yang ditunda di laman sosial Facebook @MP Subang Jaya atau laman web MPSJ," katanya.

MPSJ memberitahu, pemilik-pemilik kenderaan tersebut boleh membuat tuntutan dengan menunjukkan bukti pemilikan kenderaan dan menjelaskan kos denda yang akan dikenakan dalam tempoh 30 hari daripada notis yang dikeluarkan sejak 14 Ogos lalu.

"Jika tiada tuntutan selepas tempoh tersebut kenderaan akan dilupuskan tanpa sebarang notis lagi dikeluarkan," katanya. - UTUSAN ONLINE