“YPM diberi peranan mengendalikan tuisyen rakyat melibatkan 100 pelajar bagi membantu mereka yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Program tuisyen percuma ini bukan sahaja membantu mereka menghadapi peperiksaan, malah berguna sehingga melanjutkan ke pengajian tinggi apabila tamat persekolahan kelak.

“Jika semuanya berjalan lancar, tuisyen rakyat akan diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen bergantung kepada keputusan kementerian dan YPM,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar merasmikan majlis penutup Tuisyen [email protected] di sekolah tersebut yang turut dihadiri Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Sharifah Aminah Syed Mohssain.

Menurut Nurhuda, program tuisyen percuma itu mendapat sambutan menggalakkan dan memberi impak terhadap prestasi murid-murid sekolah terbabit.

“Sebagai contoh, ada murid mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Pada masa sama program ini turut

membantu meningkatkan prestasi dan peratusan kecemerlangan sekolah terbabit,” katanya. - UTUSAN ONLINE