Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya menerima bukti baharu dari Parti Cinta Malaysia (PCM) kelmarin dan ia perlu diteliti terlebih dahulu sebelum apa-apa siasatan dapat dibuat.

“Kita sudah terima laporan mengenai projek berkenaan beberapa bulan lalu dan maklumat tambahan yang diterima ini membabitkan proses pembayaran penukaran hak milik tanah projek tersebut.

“Kita akan lihat dahulu keseluruhan maklumat ini, sekiranya ada asas, kita akan buka siasatan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai projek bernilai kira-kira RM15 bilion itu dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Wisma MCA dekat sini. - UTUSAN ONLINE