Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek itu dibangunkan Kumpulan Platinum Victory sementara pembinaannya bermula pada tahun ini serta dijangka siap pada 2022.

“Kediaman tersebut ditawarkan pada harga RM300,000 seunit dan dibina dengan ketinggian 30 dan 35 tingkat serta menempatkan sebanyak 953 unit kediaman keseluruhannya.

“548 unit ditawarkan kepada orang ramai, 300 unit Residensi Vista Wirajaya dikhususkan untuk kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala 105 unit Residensi Vista Wirajaya 2 adalah rumah penggantian untuk penduduk asal yang ditawarkan pada harga RM42,000 dengan keluasan 1,000 kaki persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Rumawip Residensi Vista Wirajaya dan Vista Wirajaya 2, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE