MPSJ dalam satu kenyataan memberitahu, pihak yang berminat untuk mendapatkan tender berkenaan boleh menyerahkan dokumen sebut harga sebelum 24 Julai ini.

"Antara dokumen yang diperlukan adalah sebut harga bagi barang dan kerja-kerja selain salinan sijil perniagaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari Facebook rasmi MPSJ atau laman web http: //portal.MPSJ.gov.my," katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE.