Kelincahan tarian singa itu dihiburkan oleh Kumpulan Shaolin GC Showtime Academy disaksikan oleh pengunjung tempatan dan pelancong bagi membawa simbolik tuah, kebahagiaan dan panjang umur.

Tarian Singa
KELINCAHAN tarian singa itu yang dipersembahkan oleh Kumpulan Shaolin GC Showtime Academy membawa simbolik tuah, kebahagiaan dan panjang umur. - GAMBAR IHSAN CENTRAL MARKET SDN. BHD.

Central Market Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, selain persembahan tarian singa, pihaknya juga akan mengadakan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina sepanjang bulan Februari ini.

“Sambutan seperti ini akan diteruskan dengan kehadiran ‘Dewa Kemakmuran’ pada 5, 10 dan 16 Februari serta persembahan tarian singa akan dipersembahkan di ruang Pasar Seni pada 6, 9, 17 dan 19 Februari ini.

“Kita turut mendekorasikan Pasar Seni ini dengan hiasan berwarna merah, syiling emas dan gubah-gubahan bagi membawa maksud ‘menjemput tuah’ sepanjang tahun ini,” katanya.

Terdahulu, pihaknya juga telah mengadakan bengkel potongan kertas bermotif ‘musim bunga' sebagai hiasan bagi perayaan ini.

Tarian singa

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama kostum singa yang digerakkan oleh dua penari. - GAMBAR IHSAN CENTRAL MARKET SDN. BHD.

Ujarnya, pengunjung boleh mendapatkan hadiah dan perhiasan bagi menyambut Tahun Baharu Cina di pusat barangan seni dan kraftangan Malaysia ini kerana pelbagai barangan antaranya seramik, lukisan Feng Shui, kristal dan jade dijual di sini. - UTUSAN ONLINE