Ketua Biro Perkhidmatan Aduan Awam, Parti Gerakan, Datuk Wilson Lau Hoi Keong berkata, selekoh satu lorong itu antaranya memerlukan tanda amaran arus trafik bagi mengelakkannya menjadi laluan berlapis-lapis ketika waktu puncak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan laluan menjadi sempit lantas kemalangan kecil antara kenderaan bergeser termasuk dengan penghadang konkrit sering berlaku semasa di selekoh jalan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

“Pemasangan lampu amaran berkelip juga wajar dipasang di selekoh berisiko itu agar pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan terutama semasa hujan lebat dan pada waktu malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas turun padang bersama wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan tiga konsesi lebuhraya berhampiran bagi meninjau keselamatan sekitar susur itu. - UTUSAN ONLINE