Program tahunan yang bermula pada pukul 2 petang itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Yang Dipertua PBKKTM, Leftenan Kolonel (B) Datuk Sarbini Tijan berkata, majlis itu bertujuan mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan menjadi medium dalam usaha membantu dan melindungi ahli yang dibebani kesulitan hidup.

“Ini adalah satu inisiatif bagi memberi harapan kepada pesara untuk meneruskan kehidupan dengan kemudahan sokongan seperti tabung kebajikan pesara.

“Selain itu, pertemuan ini juga merupakan detik bermakna bagi kami dalam mengimbau kembali nostalgia sewaktu berkhidmat sebagai kakitangan dan pegawai KTM Berhad,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada majlis itu, Ahmad Fahmi turut melancarkan Tabung Kebajikan PBKKTM dan serentak dengan itu menghulurkan derma sebanyak RM10,000.

Ahmad Fahmi berkata, sumbangan itu disifatkan sebagai penghargaan kepada warga dan pesara KTM yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan awam sejak sebelum merdeka. - UTUSAN ONLINE